Ketika tirai malam berlabuh, dan embun pagi mula menyusul
aku mendengar nafas lembutmu yang mengalunkan irama indah di telingaku,
dan ketika itu, aku tahu, aku jatuh cinta kepadamu untuk seribu kalinya.
Aku mahu mimpimu secerah bintang dan jiwamu setenang hembusan angin,
Aku mahu mendakapmu dengan kelembutan seorang wanita
dan aku mahu menatap wajahmu yang sedang tidur
tapi apakan daya, tidak semua benda dalam dunia ini yang pantas kita dapatkan.
Tidurlah abang,
Tidurlah dengan nyenyak
Biarkan rasa rindu ku yang menggunung ini menemani tidurmu.
No comments:
Post a Comment